Jurulatih tempatan masih dahului rekod kejuaraan Liga Super

Jurulatih tempatan masih dahului rekod kejuaraan Liga Super



Sejak diperkenalkan sebagai saingan liga tertinggi negara pada 2004, Liga Super Malaysia (MSL) menyaksikan beberapa jurulatih yang berjaya meraih kejuaraan liga tersebut.

Setakat ini, pengendali PJ City, K. Devan, mendahului senarai dengan tiga kejuaraan MSL yang diraih bersama Negeri Sembilan (2006) dan Selangor (2009 & 2010), rekod pencapaian yang setakat ini belum dipecahkan mana-mana jurulatih lain.

Johor Darul Takzim (JDT) mungkin kini menghampiri kejuaraan keenam berturut-turut MSL namun, kekerapan kelab tersebut menukar jurulatih membolehkan Devan kekal sebagai jurulatih dengan rekod kejuaraan terbanyak MSL.

Bekas pengendali Kedah, Azraai Khor Abdullah, dan bekas jurulatih JDT, Mario Gomez, adalah kedua terbaik dengan masing-masing meraih dua kejuaraan berturut-turut pada 2007 & 2008 serta 2015 & 2016.

Seorang lagi bekas pengendali JDT, Bojan Hodak, turut pernah meraih dua kejuaraan MSL bersama Kelantan (2012) dan JDT (2014).

Belandaskan kedudukan terkini MSL, pengendali JDT, Benjamin Mora, berpeluang meraih kejuaraan liga sulungnya dan juga jurulatih termuda untuk meraih kejuaraan pada usia 40 tahun.

Datuk M. Karathu pula adalah pengendali tempatan terakhir meraih kejuaraan liga pada musim 2011 dan sejak pengenalan MSL pada 2004, jurulatih tempatan sudah meraih kejuaraan sebanyak lapan kali dan jurulatih import tujuh kali.

Selain Devan, Azraai dan Karathu, jurulatih tempatan lain yang pernah meraih kejuaraan MSL ialah Zainal Abidin Hassan (Pahang, 2004) dan Norizan Bakar (Perlis, 2005).

Bekas pengendali Singapura, V. Sundramoorthy, pula adalah pengendali pasukan jemputan tunggal meraih kejuaraan pada 2013 dengan Lions XII.


Source: Stadium Astro

0 views
HEADQUARTERS

Level 6, QI Tower, PJ8, 23, Jalan Barat, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7967 9888

HOME STADIUM

Stadium Petaling Jaya,
Jalan Stadium 7/15, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
  • Grey Twitter Icon

© 2020 by Petaling Jaya City FC.