Nidzam waspada helah PJ City

Nidzam waspada helah PJ City

PENGENDALI FELDA United FC, Mohd Nidzam Jamil enggan memberi tekanan kepada anak buahnya apabila melayan PJ City FC di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, malam esok. 


Sebaliknya, bekas pemain kebangsaan itu mahu The Fighters bijak mengawal permainan dan memanfaatkan peluang dimiliki dalam usaha menafikan mata buat PJ City. 

SKUAD FELDA United FC tidak boleh ambil mudah cabaran PJ City FC di tempat sendiri.

"Saya akui PJ City skuad yang bertenaga dan memiliki barisan pemain berpengalaman kerana mereka juga mencatat keputusan baik dalam empat perlawanan sebelum ini. 


"Kejayaan mereka menewaskan PKNP FC 3-2 dan seri 1-1 dengan Selangor sudah membuktikan bahawa skuad ini tidak boleh diberikan ruang. 


"Kehadiran bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali dalam skuad itu juga menambah lagi ketajaman bahagian serangan lawan termasuk sentuhan penyerang Brazil, Pedro Henrique," katanya. 

Bagi menafikan PJ City mencuri mata di Jengka, Mohd Nidzam berkata, anak buahnya perlu lebih memberi tekanan kepada lawan di bahagian pertahanan. 


Katanya, jaringan awal perlu untuk meningkatkan motivasi kerana tidak mahu dikecewakan di laman sendiri. 


"Bermain di tempat sendiri seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya walaupun sedar PJ City akan memberi tekanan kepada FELDA United. 


"Kemenangan penting untuk memastikan The Fighters tidak terlalu jauh dengan pasukan yang berada di kedudukan teratas liga," katanya.


Source: Harian Metro

HEADQUARTERS

Level 6, QI Tower, PJ8, 23, Jalan Barat, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7967 9888

HOME STADIUM

Stadium Petaling Jaya,
Jalan Stadium 7/15, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
  • Grey Twitter Icon

© 2020 by Petaling Jaya City FC.