PJ City akhiri badi kekalahan
HEADQUARTERS

Level 6, QI Tower, PJ8, 23, Jalan Barat, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7967 9888

HOME STADIUM

Stadium Petaling Jaya,
Jalan Stadium 7/15, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
  • Grey Twitter Icon

© 2020 by Petaling Jaya City FC.

PJ City akhiri badi kekalahan

PETALING JAYA: Pendatang baharu, PJ City FC mengejutkan PKNS FC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Bagaimanapun, mereka nyaris kehilangan mata penuh apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada PKNS FC di hujung perlawanan namun gagal dimanfaatkan dengan baik oleh PKNS FC untuk mengikat kedudukan.


PEMAIN PJ City FC Mohd Safee Mohd Sali (biru) di kawal ketat dua pemain PKNS FC pada Pelawanan Liga Super 2019 Pasukan PJ City FC bertemu PKNS FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). - Foto Mohd Yusni Ariffin


Keputusan terbabit membolehkan skuad bimbingan K Devan itu menamatkan rentetan kekalahan tiga perlawanan berturut turut selain menghadiahkan kemenangan kedua bagi musim ini.

Pada aksi itu, PKNS FC lebih mendominasi permainan dengan peluang terbaik hadir pada minit ke-16 menerusi Faizat Ghazli di hadapan pintu gol PJ City FC namun penjaga golnya, Mohd Muhaimin Mohamad lebih pantas menutup ruang sebelum Faizat sempat melakukan percubaan.

PJ City FC menggunakan pendekatan untuk menyerap setiap asakan dan cuba mengintai peluang menerusi beberapa siri gerakan serangan balas pantas tetapi dikecewakan dengan penyudah kurang kemas yang menyaksikan percubaan mereka banyak yang tersasar.

Memasuki hujung babak pertama, PKNS FC beroleh satu lagi peluang menerusi hantaran lintang Qayuum Marjoni Sabil yang menemui Gabriel Guerra di dalam kotak penalti namun tandukannya tersasar meskipun tidak dikawal pertahanan PJ City FC.



Bersambung babak kedua, percubaan pemain import PJ City FC, Pedro Henrique diselamatkan Mohd Zarif Irfan dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-48 sebelum serangan PKNS FC dinafikan Muhaiman yang sekali lagi cemerlang menepis percubaan Faizat seminit berselang.

Kedua dua pasukan saling berbalas melakukan percubaan namun tiada satu pun yang ‘sangkut’ ke dalam jaring pasukan lawan sebelum pertahanan tuan rumah, Aizulridzwan Razali memecah kebuntuan menerusi tandukan dari jarak dekat hasil hantaran lintang P Rajes pada minit ke-59.

Namun, Muhaimin memastikan tiga mata menjadi milik tuan rumah apabila dia menyelamatkan sepakan penalti Romel Morales pada minit akhir permainan.


Source: Berita Harian

7 views