PJ City buat Tok Gajah merana

PJ City buat Tok Gajah merana

PETALING JAYA: Usaha Pahang untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) terganggu selepas tewas 0-2 kepada Petaling Jaya City FC (PJ City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.



Selain rekod tanpa kalah skuad Tok Gajah lebur, keputusan itu juga membiarkan JDT makin menjarakkan diri kepada lima mata di puncak liga, selepas penyandang juara itu menewaskan FELDA United FC 2-0 dalam aksi berasingan di Jengka, Pahang.


Penjaga gol PJ City, Mohd Muhaimin Mohamad boleh diangkat selaku wira apabila tampil aksi tangkas terutamanya ketika menafikan banyak percubaan Pahang di babak kedua.

Tuan rumah dilihat lebih bertenaga dengan gerakan merbahaya diatur pada awal perlawanan bagi memaksa Pahang gagal mempamerkan permainan lebih agresif.

Bagaimanapun pada minit ke-19, pelawat hampir mengejutkan PJ City sebaliknya sepakan percuma pertahanan importnya, Herold Mark Goulon berjaya ditepis keluar penjaga gol lawan, Mohd Muhaimin.


Memasuki minit ke-30, kem tuan rumah akhirnya ceria apabila Pedri Henrique Cortes menanduk masuk gol pertama untuk menamatkan 45 minit pertama dengan kedudukan 1-0.

Selepas 12 minit aksi separuh masa kedua berlangsung, kedudukan PJ City makin kukuh apabila Sergio Paulo Filho mencetak nama selaku penjaring gol buat tuan rumah.


Gol itu membangkitkan semangat Tok Gajah tetapi cubaan terbaik pelawat menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-66 berjaya ditangkap kemas Mohd Muhaimin.

Deretan peluang diatur Pahang selepas itu tetapi ia tetap menemui jalan buntu ketika pertahanan PJ City dilihat cukup berdisiplin mengekang setiap serangan diatur lawan.

HEADQUARTERS

Level 6, QI Tower, PJ8, 23, Jalan Barat, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7967 9888

HOME STADIUM

Stadium Petaling Jaya,
Jalan Stadium 7/15, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
  • Grey Twitter Icon

© 2020 by Petaling Jaya City FC.