Selangor nyaris dimalukan PJ City

Selangor nyaris dimalukan PJ City

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Penalti Rufino Segovia pada penghujung perlawanan menjadi penyelamat Selangor daripada dimalukan Petaling Jaya (PJ) City apabila kedua-duanya terikat 1-1 dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ sebentar tadi.


PENYERANG Selangor, Rufino Segovia (kiri) diasak pemain PJ City, Tinagaran Baskeran dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.- BERNAMA

Pasukan tuan rumah terdahulu satu kaki untuk memungut tiga mata selepas Pedro Hendrique menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-79.

Bagaimanapun peluang tersebut dimusnahkan selepas penyerang dari Sepanyol tersebut menyamakan kedudukan 11 minit kemudian.


Keputusan tersebut menyaksikan skuad Red Giants berada di tangga kelima dengan pungutan 2 mata, manakala PJ City ketujuh (1 mata).


Dalam satu lagi saingan Liga Super, PKNS FC tunduk 0-1 kepada Melaka United dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.


Jaringan tunggal Sang Kancil hadir menerusi sepakan penalti daripada bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim pada minit ke-24, sekali gus membolehkan mereka menduduki tangga ketiga dan berkongsi mata dengan pendahulu Pahang serta Johor Darul Ta’zim (JDT).- UTUSAN ONLINE


Source: Utusan Online

HEADQUARTERS

Level 6, QI Tower, PJ8, 23, Jalan Barat, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7967 9888

HOME STADIUM

Stadium Petaling Jaya,
Jalan Stadium 7/15, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
  • Grey Twitter Icon

© 2020 by Petaling Jaya City FC.