top of page

Devan mahu PJ City kekal konsisten

KUANTAN: Pengendali PJ City FC, K Devan memuji disiplin tinggi yang dibuktikan skuadnya itu selepas mengikat Pahang 1-1, dalam saingan Liga Super malam tadi.

Beliau berkata, keputusan itu begitu bermakna memandangkan kelab itu bertemu pasukan memiliki bahagian serangan paling mantap.



"Biarpun kami banyak bertahan pada babak kedua, komitmen tinggi semua pemain berjaya menyekat tuan rumah daripada mengutip tiga mata.

"Saya puji semua pemain terutama penjaga gol, Mohd Muhaimin Mohamad yang beraksi cemerlang dan menafikan beberapa percubaan berbahaya Tok Gajah.

"Saya juga akui sebaik Pahang memasukkan Dickson Nwakaeme pada babak kedua, saya terpaksa menukar taktikal kerana sedar kemampuan penyerang terbabit.

"Ternyata, taktikal bertahan yang dilakukan berhasil apabila tuan rumah gagal menambah jaringan," katanya.

Mengulas prestasi kelab itu dalam lapan perlawanan, Devan gembira dengan pencapaian skuad bimbingannya itu yang bangkit mencatat keputusan positif sebaik liga bersambung.

Katanya, pencapaian itu bermula dengan kemenangan 1-0 ke atas PKNS FC dan disusuli seri dengan Pahang yang menyaksikan kelab itu berada pada kedudukan terbaik.

"Tempoh tiga minggu rehat membuktikan bahawa segala kelemahan berjaya diatasi dengan meraih empat mata daripada dua perlawanan.

"Namun, enam perlawanan sebelum ini kita hanya tewas tipis 0-1 kepada Perak FELDA United FC (0-1) dan Melaka United (1-2)," katanya.

0 views0 comments
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
bottom of page