top of page

Kogileswaran selamatkan PJ City

Pemain PJ City Muhammad Faiz (jersi biru) diasak pemain Kuala Lumpur pada aksi Liga Super 2021 di Stadium MBPJ. - FOTO FATHIL ASRI.

PETALING JAYA: Pemain gantian, R Kogileswaran menyelamatkan maruah pasukan yang dibarisi sepenuhnya anak tempatan, PJ City FC selepas jaringan minit akhirnya berjaya mengikat KL City 2-2 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.


Semua empat jaringan dihasilkan pada babak kedua yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling bangkit selepas ketinggalan namun terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

Pada aksi terbabit, babak pertama berlangsung hambar selepas tiada jaringan dihasilkan namun permainan sebenar bermula pada babak kedua selepas tiga gol terhasil dalam tempoh 12 minit selepas rehat.


Tuan rumah mendahului terlebih dahulu menerusi gol sendiri Irfan Zakaria pada minit ke-50 selepas pertahanan itu menampan masuk hantaran Mahali Jasuli ke gawang sendiri.


Namun, kedudukan 1-0 hanya bertahan dua minit apabila Paulo Josue merembat masuk gol penyamaan menewaskan Kalamullah Al Hafiz.


Kelebihan bertukar kepada pelawat apabila pemain sayap, Hadin Azman meletakkan KL City FC 2-1 dengan jaringan pada minit ke-57.


Ketika KL City FC hampir membawa pulang mata penuh, Kogileswaran menjadi pemusnah selepas percubaannya menggegar gawang untuk menjadikan kedudukan 2-2 buat tuan rumah.



Source: Berita Harian

2 views0 comments
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
bottom of page