Perak, PJ City buntu di Ipoh


PENYERANG PJ City FC, Darren Lok (depan) diasak pertahanan Perak, Shakir Hamzah dalam aksi Liga Super

IPOH: Hasrat Perak memulakan kempen Liga Super 2021 dengan kemenangan tidak kesampaian apabila diikat 0-0 oleh Petaling Jaya (PJ) City di Stadium Perak di sini sebentar tadi.


Kawalan ketat pasukan pelawat menyaksikan anak-anak buah Chong Yee Fatt gagal mempamer persembahan diingini ketika PJ City FC tampak bersungguh-sungguh inginkan kejayaan.


Tuan rumah seperti ketandusan idea bagaimana hendak melepasi hadangan anak buah P. Maniam.


Sebaliknya, corak permainan PJ City lebih tersusun menyebabkan Perak langsung tidak merembat ke arah gawang mereka pada babak pertama.


Memasuki separuh masa kedua, corak permainan Perak mula berubah apabila sering melakukan ancam melalui gerakan pantas dan kemas.


Bagaimanapun, peluang yang dicipta gagal menemui gawang, termasuk satu rembatan bola terkena palang pada minit ke-48.


Guilherme De Paula sepatutnya meletakkan tuan rumah di depan tetapi rembatan pemain itu tersasar dari tiang kiri gawang gol.


Lima minit kemudian, giliran Rafiuddin Roddin mensia-siakan satu lagi peluang gol apabila merembatnya tepat ke dalam dakapan penjaga gol lawan, KalamullahAl-Hafiz Mat Rowi.


Farhan Roslan yang dimasukkan pada minit ke-70 hampir memecah kebuntuan, namun pemain yang mendapat julukan ‘Messi Kedah’ itu menanduk lemah di hadapan gawang pasukan pelawat


Pelawat turut berpeluang menjaring gol tetapi gagal disudahkan oleh Darren Yee di minit akhir perlawanan.


Source: Utusan

0 views0 comments

Recent Posts

See All
HEADQUARTERS

Level 6, QI Tower, PJ8, 23, Jalan Barat, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7967 9888

HOME STADIUM

Stadium Petaling Jaya,
Jalan Stadium 7/15, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
#THEPHOENIX
#YAKINILOKAL

© All rights reserved by Petaling Jaya City FC