Piala Malaysia: Petaling Jaya City benam Kelantan FC 3-1



SHAH ALAM, 30 OKT: Petaling Jaya City FC memperoleh kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia apabila menewaskan Kelantan FC 3 – 1 di Stadium MBPJ malam tadi.


Beraksi di laman sendiri, pasukan dibimbing P Maniam menggunakan segala kelebihan bagi mengatasi pelawat dari Liga Perdana itu seawal minit ke-10 melalui Darren Lok.


Petaling Jaya City FC mengukuhkan kedudukan sembilan minit kemudian menerusi Kogileswaran Raj.


Kelantan FC berjaya memperoleh gol bagi merapatkan jurang dengan percubaan tepat Christos Intzidis pada minit ke-36.


Bagaimanapun sembilan minit sebelum tamat perlawanan, Darren Lok bertindak cemerlang menerusi gol keduanya bagi melengkapkan kemenangan tuan rumah.


Selepas tiga perlawanan, Petaling Jaya City FC kini menduduki tempat kedua Kumpulan D dengan empat mata di belakang Johor Darul Ta’zim (sembilan).

Source: Selangorkini



16 views0 comments

Recent Posts

See All
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX