top of page

PJ City perlu kerja keras di Kuantan


Aksi PJ City FC (jersi biru muda) ketika bertemu Sabah FC pada aksi Liga Super pada pertengahan minggu.


KUALA LUMPUR: Meskipun tampak memiliki lebih rehat kerana tidak beraksi pada pertengahan minggu namun pengendali PJ City, P Maniam tidak melihat itu satu kelebihan buat anak buahnya untuk berdepan Sri Pahang FC di Kuantan malam ini.


Ini kerana Maniam menyifatkan skuad bimbingan Dollah Salleh itu yang sebenarnya memiliki kelebihan memandangkan mereka sudah beraksi dalam dua perlawanan selepas liga bersambung berbanding mereka yang hanya bermain satu perlawanan setakat ini.


Tambah Maniam, dengan deretan kualiti pemain yang dimiliki skuad Tok Gajah, anak buahnya perlu bekerja lebih keras untuk berdepan cabaran pasukan lawan.


"Mereka ada momentum kerana sudah bermain dua perlawanan, mungkin mereka penat sedikit tetapi jurulatih mereka berpengalaman dan pasti tahu apa yang perlu dilakukan.


"Mereka pun ada pemain yang baik seperti Kenjok Wal Athiu, Abdul Malik Mat Ariff dan Aung Kaung Mann. Tetapi saya percaya pada barisan pemain saya.


"Ada pemain yang cedera namun saya optimis mereka boleh diturunkan. Jika tidak boleh pun, kita ada pengganti," katanya.


Dalam masa sama, Maniam mengharapkan anak buahnya dapat memperagakan aksi lebih baik berbanding bertemu Sabah FC sekalipun berjaya meraih kemenangan pada aksi terbabit.


"Kita kena bermain dengan penguasaan bola dan mencipta banyak peluang untuk mendapatkan gol," katanya.


Sebagai rekod, skuad Phoenix yang dibarisi sepenuhnya anak tempatan menghuni tangga ketujuh selepas 13 perlawanan apabila menghimpun 18 mata.





8 views0 comments
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
bottom of page