top of page

PJ City waspada bertandang ke Kota Bharu



KUALA LUMPUR: Kehadiran 'pemain ke-12' bakal menjadikan Kelantan FC sebagai pasukan yang 'lain macam' apabila mereka bakal melayan kunjungan PJ City FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam ini.


Justeru, pengendali skuad Phoenix, P Maniam mengingatkan anak buahnya supaya tidak selesa dengan kemenangan 3-1 sebelum ini sekali gus perlu berhati-hati dengan lawan yang pasti turun untuk menghadiahkan sesuatu buat penyokong setia mereka.


Jelasnya, pemain perlu bersiap sedia dari segi mental serta fizikal dalam mengharungi 90 minit yang pasti menjanjikan cabaran yang sukar di Kota Bharu.


"Sudah tentu kehadiran penyokong tuan rumah buat pertama kali pasti akan memberi motivasi buat Kelantan bermain baik dan saya harap pemain sentiasa fokus dalam setiap situasi.


"Jadi pemain kena tahu bermain secara bertahan apabila beraksi di sana dan jangan fikir tahu hendak menyerang sahaja. Sudah tentu strategi kena berlainan ketika kami beraksi di tempat sendiri. Malah, Kelantan FC juga adalah sebuah pasukan yang baik dan kebanyakan pemain memiliki teknik tersendiri," katanya.


Dalam perkembangan sama, Maniam mengakui mereka juga turun untuk memburu tiga mata bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka di tangga kedua Kumpulan D.


"Tiga mata di Kota Bharu cukup penting kerana boleh meletakkan kami dalam kedudukan yang lebih selesa dalam mencari tempat ke suku akhir," katanya.


Susulan kemenangan sulung ke atas Kelantan FC sebelum ini, mereka kini menghimpun empat mata, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).



15 views0 comments
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
bottom of page