top of page

The Pheonix pertaruh tenaga tempatan



“BERIKAN keyakinan kepada pemain tempatan, anak Malaysia!

Itu antara ungkapan yang pernah keluar daripada mulut pemilik PJ City FC, Datuk Seri Vijay Eswaran merujuk kepada keputusan kelab itu untuk hanya menggunakan khidmat pemain tempatan.


Ketika pencabar lain dalam Liga Super leka dengan pembelian pemain baru termasuk import, PJ City FC pula melawan arus untuk mengetengahkan bakat tempatan.


WAJAR DIPUJI


Walaupun sedar risiko yang mungkin bakal dihadapi namun ada misi lain yang mahu diketengahkan iaitu memberikan pendedahan kepada pemain tempatan.


Daripada satu sudut, ia mungkin kelihatan kelab itu tewas sebelum bertanding namun diukur dari sudut positif, pendekatan mereka wajar dipuji.


Walaupun tidak sehebat pasukan lain dalam melakukan transaksi pembelian pemain namun pemilihan pemain bukanlah dibuat secara semberono.


Antara nama besar yang sudah direkrut PJ City FC adalah bekas penyerang kebangsaan, Darren Lok, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dari Perak dan K Prabakaran (Selangor).




FAKTOR P MANIAM


Keputusan kelab melantik P Maniam bagi menggantikan K Devan yang berhijrah ke Negeri Sembilan FC juga agak menarik untuk disaksikan.


Pengalaman dimiliki bukan ‘kaleng-kaleng’ kerana pernah berkhidmat bersama pasukan Selangor malah pernah kecap kejayaan sebagai jurulatih pasukan remaja bersama skuad Piala Belia, Piala Presiden Selangor dan Malaysia Bawah 16 tahun.


Atas dasar itulah yang mungkin jadi alasan buat pasukan itu menagih magis mampu dilakukan Maniam untuk merealisasikan sasaran lima terbaik Liga Super.


‘SILENT KILLER’


Transformasi dengan menggunakan sepenuhnya tenaga tempatan mungkin mengalih tumpuan lebih besar diberikan terhadap PJ City FC namun bola sepak semuanya boleh berlaku.


Tekanan sedikit kurang tetapi jika kena dengan acuan direncanakan Maniam, pasukan gergasi lain mungkin tumbang.


PEMAIN TUMPUAN


* Darren Lok (penyerang)


PENCAPAIAN MUSIM LALU


Ketujuh Liga Super 2020 Source: cakapsukan.com

4 views0 comments

Comments


#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
bottom of page