top of page

Mahu cipta nama bersama PJ City

Team PJ


Kuala Lumpur: Penjaga gol baharu PJ City FC, Muhammad Azfar Arif mahu menjadikan pasukan terbarunya itu sebagai landasan pertama untuk melangkah lebih jauh selepas empat musim bersama UiTM FC.


Azfar mengakui UiTM sudah banyak membentuk dirinya untuk menjadi pemain profesional dan kini hadir ke dalam skuad kendalian P Maniam merupakan peluang terbaik untuknya mencipta nama agar lebih dikenali.


Justeru, keputusan untuk berhijrah dianggap tepat memandangkan usianya yang masih muda untuk menimba lebih banyak pengalaman sepertimana yang telah dilakukan selama empat tahun bersama UiTM.


"Memang ini akan menjadi langkah pertama untuk karier saya bergerak dengan lebih jauh pada masa hadapan sebab dekat sini pun semuanya adalah pemain tempatan.


"Jadi, sudah tentu cabaran itu akan menjadi lebih besar dan kita sendiri sebagai penjaga gol pun akan melakukan lebih banyak kerja untuk mengekang asakan penyerang import pasukan lain.


"Cuma, saya inginkan pengalaman yang berbeza dekat sini sebab musim lepas pun saya tidak rasa puas sangat apabila bersaing dengan Zamir selamat, tetapi sebenarnya saya pun banyak belajar daripada dia," katanya.


Selain itu, walaupun dia sedar persaingan cukup sengit dengan penjaga gol utama, Kalamullah Al-Hafiz, namun misi Azfar adalah untuk mempelajari sesuatu daripadanya sepertimana yang dilakukan ketika bersama Zamir pada tahun lalu.


"Agak sengit sebab Kalamullah adalah penjaga gol utama, jadi saya kena bekerja keras dalam latihan agar saya mendapat peluang terbaik untuk diturunkan.


"Cuma apa yang lebih penting adalah bagaimana saya perlu manfaatkan peluang yang ada untuk belajar dengan dia sebab dia punya cara bermain memang bagus.


"Saya selalu akan duduk dekat belakang dan tengok cara dia mencurahkan idea dalam padang, cara menghantar bola kepada pemain dan kedudukan dia yang sentiasa tepat untuk mendapatkan bola, itu yang saya mahu belajar," katanya.

Source: Hmetro.com




14 views0 comments

Comments


#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
HEADQUARTERS
PJC-New-Logo-2.png

Level 6, QI Tower, PJ8, 23, Jalan Barat, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7967 9888

HOME STADIUM

Stadium Petaling Jaya,
Jalan Stadium 7/15, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
#THEPHOENIX
#YAKINILOKAL

© All rights reserved by Petaling Jaya City FC

bottom of page