top of page

Sri Pahang, PJ City sama liat

Team PJ


KUANTAN: Sri Pahang FC gagal memanfaat kelebihan beraksi di halaman sendiri selepas sekadar seri 1-1 berdepan PJ City FC di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.


Tuan rumah memulakan aksi dengan mengancam kubu pelawat menerusi percubaan penyerang import, Mahmoud Za'tara yang berjaya diselamatkan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi seawal minit kelapan.


Pada minit ke-22, Manuel Hidalgo turut memiliki peluang untuk menjaringkan gol pendahuluan tetapi bola rembatannya terkena tiang gol di sebelah kanan lawan.


Bagi PJ City pula, peluang terbaik yang mereka dimiliki ialah menerusi Darren Lok dan S Kumaahran pada minit ke-31 dan 32 yang berjaya diselamatkan penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa.


Akhirnya, gol pendahuluan yang dicari-cari hadir pada minit ke-38 menerusi rembatan daripada Hidalgo dari luar kotak penalti.


Bagaimanapun, ketika lima minit sebelum perlawanan tamat, pemain tengah, R Barathkumar berjaya menjaringkan gol penyamaan sekali gus membolehkan PJ City membawa pulang satu mata.




5 views0 comments

Comments


#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
#THEPHOENIX
HEADQUARTERS
PJC-New-Logo-2.png

Level 6, QI Tower, PJ8, 23, Jalan Barat, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7967 9888

HOME STADIUM

Stadium Petaling Jaya,
Jalan Stadium 7/15, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
#THEPHOENIX
#YAKINILOKAL

© All rights reserved by Petaling Jaya City FC

bottom of page